Toyota hadapi masalah, gantung operasi semua kilang di Jepun - Utusan Malaysia

Toyota hadapi masalah, gantung operasi semua kilang di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Syarikat gergasi industri permotoran Toyota menggantung operasi di semua kilang pemasangannya di Jepun kerana menghadapi masalah dengan sistem pengeluarannya.

Langkah itu menyebabkan pengeluaran domestik di pembuat kereta paling laris di dunia itu terhenti.

Kepincangan ini bermakna firma tidak dapat memesan komponen.

Seorang jurucakap memberitahu BBC bahawa firma itu cuba mencari punca masalah itu tetapi pada masa ini tidak percaya ia disebabkan oleh serangan siber.

Awal pagi tadi Toyota menggantung operasi di 12 daripada 14 kilang pemasangannya di Jepun.

Kemudian seorang jurucakap memaklumkan pengeluaran di semua 14 kemudahan akan digantung.

Syarikat itu masih belum menyatakan bila ia merancang untuk memulakan semula operasi atau berapa banyak pengeluaran yang terjejas akibat penggantungan itu.

Secara keseluruhan, 14 kilang itu dianggarkan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran global Toyota.

Penggantungan itu berlaku ketika pengeluaran Toyota di Jepun berusaha untuk pulih selepas berdepan beberapa siri masalah.

Operasinya terjejas tahun lepas selepas salah satu pembekalnya berdepan serangan siber.

Gangguan selama satu hari itu menyebabkan kerugian pengeluaran sekitar 13,000 kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya