Tentera Russia tembak jatuh dron hampiri bandar Moscow

Tentera Russia tembak jatuh dron hampiri bandar Moscow

POLIS memantau keadaan di kawasan Dataran Merah di Moscow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pasukan pertahanan udara Russia berjaya memusnahkan sebuah dron ketika ia menghampiri ibu negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin menerusi aplikasi Telegram.

“Pasukan pertahanan udara menembak jatuh sebuah dron ketika ia mendekati bandar ini di daerah Istrinskii.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan dilaporkan. Anggota perkhidmatan kecemasan sedang menjalankan tugas di lokasi tersebut,” katanya.

Moscow jarang menjadi sasaran semasa peringkat awal konflik di Ukraine meskipun serangan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ibu kota dan wilayah Russia yang lain menjadi sasaran siri serangan dron Ukraine sejak beberapa hari lalu.

Serangan dron itu berlaku selepas Kyiv berjanji untuk bertindak balas dengan `mengembalikan’ konflik kepada Russia.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan tiga orang awam maut akibat dibunuh tentera Kyiv di wilayah Belgorod di sempadan Ukraine.

Malah, jelasnya, pada hari yang sama, sebuah dron merempuh bangunan pencakar langit di daerah perniagaan sehingga menyebabkan tingkap pecah.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya