Taufan Lan badai barat Jepun, 800 penerbangan dibatalkan

Taufan Lan badai barat Jepun, 800 penerbangan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Hampir 800 penerbangan terpaksa dibatalkan dan puluhan ribu kediaman penduduk terputus bekalan elektrik selepas Taufan Lan melanda barat Jepun awal hari ini.

Ia turut mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh.

Taufan Lan yang tiba dari Lautan Pasifik, melanda selatan wilayah Wakayama, kira-kira 400 kilometer (km) barat daya Tokyo.

Taufan itu yang menyusul selepas Taufan Khanun sewaktu kemuncak sambutan Obon di Jepun, melanda kawasan tengah dan barat Jepun dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.

Rakaman televisyen menunjukkan air sungai mengalir deras dan hampir memusnahkan tebing.

Kediaman dan premis perniagaan mengalami kerosakan kesan daripada taufan, sementara di bandar Nara pula, angin kencang menjejaskan tapak pembinaan.

Menurut syarikat elektrik, hampir 900,000 isi rumah di tengah dan barat Jepun mengalami gangguan bekalan elektrik.

Syarikat rangkaian, Seven & i mengesahkan sebanyak 210 cawangan kedai serbaneka 7-Eleven terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.

Hujan lebat dan angin kencang yang berbahaya turut memaksa penutupan jalan raya dan puluhan laluan kereta api di kawasan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya