Tandas awam paling cantik dunia di Nanjing, China?

Tandas awam paling cantik dunia di Nanjing, China?

HIASAN dalaman bilik air terletak di Deji Plaza di Nanjing, China. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bilik air yang terletak di tingkat enam sebuah pusat beli-belah di Nanjing, China dilaporkan merupakan antara tandas awam paling mewah dan menakjubkan di dunia.    

Malah, sejumlah individu menganggapnya sebagai tandas awam yang paling cantik di dunia.

Direka oleh syarikat seni bina dari Shanghai, X+Living, bilik air terletak di Deji Plaza itu mampu membuatkan individu merasa seperti berada dalam istana yang cantik.

Lapor Oddity Central, bilik air itu mempunyai sebuah koridor panjang dipenuhi dengan tanaman pokok hiasan yang keluar dari dinding.   

“Bahagian bilik air itu direka khas untuk memberi `pengalaman seolah-olah sedang berjalan di taman yang cantik’.

“Namun, agak sukar untuk fokus pada hiasan hijau itu memandangkan puluhan lampu besar menyinari dari atas dengan cahaya memantul di lantai berkilat.

“Sebuah ruang istirehat dilengkapi dengan sofa yang diilhamkan daripada kelopak bunga, terletak di hujung koridor bilik air tersebut,” jelas laporan.

Bilik air lelaki dan wanita menampilkan hiasan khas dilengkapi dengan sinki berinspirasikan air pancut yang dipasang pada ketinggian berbeza untuk menjadikannya mudah dicapai oleh golongan kanak-kanak dan dewasa.

“Semasa proses reka bentuknya, saya tidak mahu tandas itu berfungsi sebagai ruang biasa sahaja.

“Jadi, kami memberi lebih penekanan kepada reka bentuk bilik air itu agar ia mencerminkan penjagaan kemanusiaan di sudut pusat beli-belah yang tidak dijangka.

“Atas sebab itu, kami mereka bentuk tandas itu menggunakan konsep Taman Sanctuary,” kata pereka, Li Xiang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya