Tali jam Apple Watch, Fitbit jadi sarang bakteria

Tali Apple Watch, Fitbit jadi sarang bakteria

SAMPEL jam tangan dan gelang pintar yang digunakan dalam kajian Nwadiuto Esiobu dan pasukannya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kajian terbaharu saintis Florida mendapati tali jam tangan pintar Apple Watch atau gelang Fitbit berpotensi menjadi sarang pembiakan bakteria berbahaya yang dikaitkan dengan demam, cirit-birit dan sistem imun lemah.

Ujian terhadap pelbagai jenis jam tangan dan gelang yang sering digunakan mendapati, aksesori itu dipenuhi dengan bakteria E. coli dan Staphylococcus spp, yang boleh menyebabkan radang paru-paru.

Profesor Sains Biologi Universiti Florida Atlantic yang juga ketua pengarang kajian tersebut, Nwadiuto Esiobu berkata, jenis tali yang paling banyak tercemar dengan kuman berkenaan diperbuat daripada plastik, getah, kain, kulit dan logam.

Bagaimanapun, pasukan saintis mendapati tali jam tangan atau gelang yang diperbuat daripada emas dan perak adalah yang paling bersih.

Esiobu berkata, pengunjung gimnasium menunjukkan jumlah tertinggi pengumpulan bakteria yang boleh menyebabkan sepsis atau kematian, sekali gus menekankan kepentingan sanitasi aksesori berkenaan selepas bersenam.

“Kehadiran bakteria Pseudomonas dikesan pada 30 peratus gelang pintar dan jam tangan tangan.

“Bakteria usus E. coli, yang lazimnya merebak melalui najis atau mulut turut ditemui pada 60 peratus sampel.

“Keadaan ini mencetus kebimbangan kesihatan awam. Kuantiti dan taksonomi bakteria yang kami temui menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membersihkan permukaan alat ini secara kerap,” jelasnya kepada Daily Mail.

Esiobu turut menegaskan, kakitangan penjagaan kesihatan yang aktif dan sering ke gim perlu mengambil perhatian terhadap penemuan kajian tersebut bagi mengelak kuman yang melekat pada jam tangan atau gelang pintar mereka menjangkiti pesakit berisiko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya