Sisa air loji nuklear Fukushima dilepaskan ke laut esok

Sisa air loji nuklear Fukushima dilepaskan ke laut esok

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk membantah tindakan melepaskan sisa air di loji nuklear Fukushima dalam protes di Tokyo, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelepasan sisa air dari loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula esok, umum Perdana Menteri, Fumio Kishida walaupun tindakan itu mendapat bantahan nelayan dan protes dari China.

Kishida membuat pengumuman itu pada Selasa selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Tokyo.

Beliau berkata, pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang ‘tidak boleh ditangguhkan’.

“Untuk permulaan dalam kadar segera, kita akan meminta Tokyo Electric Power Company (TEPCO) menyediakan pelepasan ke lautan berdasarkan pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Nuklear.

“Pelepasan itu dijangka dilaksanakan pada 24 Ogos jika keadaan cuaca dan laut adalah baik,” katanya.

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia atau alam sekitar, bagaimanapun nelayan tempatan dan negara jiran seperti Chi na menentang rancangan Jepun.

Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami leburan teras pada 2011 akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.

Reaktor, walaupun ditutup masih perlu disejukkan dengan menggunakan air yang disimpan di dalam tangki.

Oleh kerana tiada lagi ruang penyimpanan air yang berbaki, air sepatutnya disalurkan ke lautan melalui terowong sepanjang satu kilometer.

Air tersebut akan ditapis dan dicairkan dengan air laut terlebih dulu.

Pelupusan 1.3 juta tan air itu dijangka mengambil masa 30 tahun.

Kumpulan alam sekitar, Greenpeace memaklumkan, proses penapisan itu dikhuatiri menyebabkan bahan radioaktif dalam kuantiti yang banyak akan masuk ke laut dalam beberapa dekad akan datang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya