SINGAPURA: Polis Singapura menahan 10 warga asing yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan merampas aset termasuk wang tunai, hartanah dan kereta mewah berjumlah hampir 1 bilion dolar Singapura (RM3.4 bilion).
Perintah larangan pelupusan turut dikeluarkan terhadap 94 hartanah dan 50 kenderaan dengan jumlah anggaran nilai lebih daripada 815 juta dolar Singapura (RM2.7 bilion).
Rampasan lain termasuk akaun bank, wang tunai, beg mewah, barang kemas, jam tangan, peranti elektronik dan beberapa dokumen dengan maklumat tentang aset maya.
“Warga asing itu berumur antara 31 dan 44 tahun terdiri daripada warganegara China, Turkiye, Cyprus, Kemboja dan Vanuatu,” kata polis Singapura.
Bank Pusat Singapura dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya sudah berhubungan dengan institusi kewangan di mana dana yang berpotensi terlibat dalam kes itu dikenal pasti.
“Penglibatan penyeliaan dengan institusi kewangan ini sedang dalam siasatan,” kata Bank Pusat.-REUTERS