Serangan dron Russia rosakkan infrastruktur pelabuhan Odesa

Serangan dron Russia rosakkan infrastruktur pelabuhan Odesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ODESA: Beberapa serangan dron dilancarkan oleh Russia menyebabkan kerosakan pada infrastruktur di pelabuhan Odesa.

Menurut pihak berkuasa Ukraine, serangan yang menyasarkan ibu kota Kyiv, dilancarkan dari beberapa arah.

Bagaimanapun, tentera Ukraine memaklumkan pasukannya berjaya memusnahkan dron Shahed-136 buatan Iran yang dilancarkan dari Laut Azov melalui Laut Hitam yang ditujukan ke wilayah Odesa.

“Sasaran musuh adalah pelabuhan dan infrastruktur di kawasan perindustrian di wilayah itu.

“Pasukan pertahanan udara terpaksa bekerja tanpa rehat selama hampir tiga jam untuk menangkis serangan udara itu,” jelas Komando Operasi Selatan menerusi Telegram.

Dalam pada itu, Gabenor wilayah, Oleg Kiper mengesahkan serangan itu merosakkan infrastruktur di pelabuhan.

Namun, katanya, setakat ini, tiada kematian dilaporkan.

“Serangan itu menyebabkan kebakaran di kemudahan pelabuhan dan infrastruktur perindustrian di wilayah itu, serta sebuah lif juga rosak,” katanya.

Dilaporkan, Russia melancarkan serangan ke atas Odesa sejak Moscow menarik diri daripada perjanjian yang membenarkan Ukraine mengeksport bijirin melalui Laut Hitam ke bahagian dunia yang bergelut dengan kebuluran.

Perjanjian penting itu membenarkan penghantaran kira-kira 33 juta tan bijirin meninggalkan pelabuhan Ukraine.

Minggu lalu, Kyiv mengakui pihaknya tidak mempunyai pendekatan untuk mempertahankan diri daripada serangan Russia ke atas infrastruktur bijirinnya yang mana Moscow menyekat hampir pelabuhan Ukraine.

Sementara itu, portal BBC melaporkan serangan dron Russia turut memusnahkan kemudahan pelabuhan di Izmail di Sungai Danube, berhampiran sempadan Romania.

Menurut Kementerian Pertahanan Ukraine, sebuah lif yang digunakan untuk memuatkan bekalan bijirin, musnah dalam serangan tersebut. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya