Sepotong kek 'cheese blueberry' dijual RM43

Sepotong kek ‘cheese blueberry’ dijual RM43

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah bakeri terletak di kawasan kejiranan Nana di Bangkok mencetuskan kemarahan warganet, dengan menjual sepotong kek cheese blueberry pada harga 330 baht (RM43.25).

Lebih teruk lagi, harga kek itu tidak dinyatakan dalam kad menu sekaligus mengejutkan pelanggan ketika membayar makanan.

Lapor thethaiger.com, rata-rata warganet yang marah menyarankan pelanggan untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan.

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman dialaminya menerusi satu hantaran di kumpulan We Are Consumer.

Menurut pengguna itu, dia berasa hairan dengan harga dikenakan bagi sepotong kek di bakeri tersebut, yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal, termasuk harganya tidak dinyatakan pada kad menu.

Katanya, dia bersama dua rakannya terkejut selepas mendapat tahu 330 baht dikenakan untuk setiap potongan kek ketika membayar bil.

“Sepotong kek cheese blueberry dijual pada harga 330 baht. Bukankah anda rasa harga ini terlalu tinggi?, kami terpaksa bayar 990 baht (RM 129.77) bagi tiga potong kek,” katanya.

Hantaran itu turut menyatakan pertikaian tercetus antara pelanggan dan juruwang ketika bayaran bil makanan.

“Situasi menjadi lebih buruk apabila kod produk tertulis di sebelah kek keju pada kad menu itu yang disalah anggap sebagai harga kek.

“Kod itu tertera 119-129 yang kelihatan seperti tanda harga yang berpatutan bagi sepotong kek cheese blueberry,” lapor KhaoSod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya