Semua penumpang terperangkap dalam kereta kabel diselamatkan

Selepas 15 jam, semua terperangkap dalam kereta kabel berjaya diselamatkan

ORANG ramai menyaksikan operasi menyelamat lapan individu yang terperangkap dalam kereta kabel di Battagram, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THAKOT: Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kesemua lapan individu termasuk tujuh kanak-kanak yang terperangkap selama berjam-jam dalam kereta kabel yang terkandas merentasi sebuah lembah yang dalam di Pakistan.

Operasi menyelamat itu mengakhiri cabaran yang berlanjutan lebih 15 jam.

Tentera Pakistan dalam satu kenyataan mengesahkan operasi itu ditamatkan dan menyifatkannya sebagai misi unik yang memerlukan banyak kemahiran.

Operasi berisiko tinggi di utara Pakistan sudah selesai malam Selasa selepas kereta kabel rosak terkandas pada awal pagi, menyebabkan berada dalam keadaan tergantung tidak menentu sepanjang hari.

“Semua kanak-kanak dan seorang lelaki berjaya diselamatkan.

“Ia merupakan kerja berpasukan hebat dilaksanakan oleh tentera, pasukan penyelamat, pentadbiran daerah dan penduduk,” kata pemangku Perdana Menteri, Anwar-ul-Haq Kakar di laman media sosial X.

Operasi menyelamat bermula dengan helikopter membantu dua kanak-kanak selepas hampir 15 jam kereta kabel itu tergantung di udara.

Anggota penyelamat melakukan zipline dengan menggunakan kabel sama yang menghalang gondola daripada jatuh ke lembah, sebelum semua mangsa diselamatkan.

“Apabila semua individu diselamatkan, keluarga itu mula menangis kegembiraan dan berpelukan antara satu sama lain.

“Pada mulanya, orang ramai berdoa kerana bimbang wayar kabel itu akan putus. Mereka terus berdoa sehingga orang terakhir diselamatkan,” kata pegawai kecemasan, Waqar Ahmad.

Dilaporkan, kanak-kanak itu sedang menggunakan kerusi pengangkat bagi merentasi lembah berkenaan untuk ke sekolah apabila salah satu kabel terputus pada ketinggian sekitar 275 meter, di pertengahan perjalanan di kawasan pergunungan di Battagram, kira-kira 200 kilometer ke utara Islamabad. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya