Salwan Momika bakar lagi al-Quran di Stockholm - Utusan Malaysia

Salwan Momika bakar lagi al-Quran di Stockholm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Perbuatan dua lelaki membakar al-Quran di luar Parlimen di Stockholm semalam, meningkatkan kembali ketegangan antara Sweden dan negara-negara Islam.

Salwan Momika dan Salwan Najem bertindak memijak dan membakar kitab suci umat Islam itu, seperti mana dilakukan pada protes di luar masjid utama Stockholm pada Jun lalu sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh Asia Barat.

Protes kali ini, sama seperti yang sebelumnya, hanya dihadiri sekumpulan kecil yang membantah perbuatan membakar al-Quran dan ditempatkan di luar sekatan polis.

Mereka menjulang naskah al-Quran sambil mengibarkan bendera Iraq mengutuk perbuatan Momika, yang terus mengejek dan melakukan provokasi terhadap mereka.

Ketika protes kali ini, Momika turut memijak gambar ulama Syiah yang juga pemimpin politik, Moqtada Sadr, yang penyokongnya menyerbu Kedutaan Sweden di Baghdad bagi membantah perbuatan membakar al-Quran.

Momika dan Najem turut mengadakan protes sama di luar Kedutaan Iraq di Stockholm pada 20 Julai lalu, di mana mereka memijak tetapi tidak membakar al-Quran.

Polis Sweden memberikan permit kepada penunjuk perasaan yang memperjuangkan supaya al-Quran diharamkan di negara itu.

Najem dalam permohonannya, berkata dia mahu membantah di hadapan Parlimen Sweden dan menuntut supaya al-Quran diharamkan serta turut menyatakan bahawa dia akan ‘membakar al-Quran di sana’.

Jurucakap Polis Stockholm, Mats Eriksson, berkata acara itu ‘dijalankan tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam yang serius’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya