Russia tembak jatuh 13 dron Ukraine

Russia tembak jatuh 13 dron Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia mendakwa pasukan tenteranya berjaya menembak jatuh 13 dron Ukraine, dalam serangan udara terbaharu ke atas wilayah yang dikuasai republik itu.

Menurut kementerian, 11 dron tentera Ukraine ditembak jatuh berhampiran Crimea manakala dua dron lagi dimusnahkan ketika ia menuju ke arah Moscow.

“Dua pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang menuju ke arah bandar Moscow berjaya dimusnahkan.

“Sebuah dron ditembak jatuh di wilayah Kaluga, barat daya Moscow dan satu lagi di daerah Odintsovsky yang bersempadan dengan ibu negara,” jelas kementerian dalam kenyataan.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin menerusi aplikasi Telegram mengesahkan kesemua dron itu ditembak jatuh kira-kira pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Menurut kementerian, dua dron Ukraine yang lain ditembak jatuh berhampiran bandar Sevastopol di pantai Crimea.

“Sembilan lagi dron dipintas oleh senjata elektronik dan terhempas di Laut Hitam,” jelasnya.

Kementerian memaklumkan tiada kerosakan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan di terjejas.

Serangan itu berlaku sehari selepas Russia mendakwa dua dron tempur Ukraine yang menuju ke arah Moscow berjaya ditembak jatuh.

Malah, ia merupakan serangan keempat yang dilakukan berhampiran ibu negara dalam tempoh seminggu.

Russia sebelum ini memaklumkan pasukan tenteranya menembak jatuh dron di Kaluga pada Isnin lalu, serta tujuh dron lain di wilayah itu pada Khamis lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya