Russia pindahkan lebih 2,000 penduduk terjejas banjir

Russia pindahkan lebih 2,000 penduduk terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memindahkan lebih 2,000 penduduk yang tinggal di kawasan terjejas banjir di wilayah timur negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai di kementerian situasi kecemasan selepas Taufan Khanun menyebabkan hujan lebat di wilayah berkenaan.

“Lebih 2,000 penduduk termasuk 405 kanak-kanak sudah dipindahkan di Primorye,” jelas kementerian itu menerusi aplikasi Telegram.

Menurut kementerian, hampir 5,000 bangunan dinaiki air di wilayah Primorye yang bersempadan dengan China dan Korea Utara.

Jelas kementerian, pasukan penyelamat menubuhkan 13 pusat perlindungan sementara di wilayah berkenaan.

Agensi berita TASS melaporkan kejadian banjir di bandar Ussuriysk merupakan yang paling buruk berlaku dalam tempoh sedekad.

Pada awal minggu ini, Taufan Khanun membadai Jepun sebelum menuju ke arah semenanjung Korea.

Taufan itu juga memaksa puluhan ribu peserta Jambori Pengakap Sedunia dipindahkan dari tapak perkhemahan di barat daya Korea Selatan ke kawasan lebih selamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya