Rover Chandrayaan 3 mula misi meneroka bulan

Rover Chandrayaan-3 mula misi meneroka bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kenderaan robotik (rover) Chandrayaan-3 dilaporkan berpisah dari kapal angkasa pada pagi tadi untuk memulakan misi penerokaan permukaan bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh agensi angkasa lepas India menerusi laman media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

“Rover Ch-3 meluncur turun dari kapal pendarat dan mula meneroka sekitar permukaan bulan,” jelas Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Chandrayaan-3 melakar sejarah apabila muncul sebagai kapal angkasa pertama mendarat di kutub selatan bulan, bahagian yang belum diterokai, semalam.

Chandrayaan-3 dilancarkan menggunakan bajet sekitar 6.15 bilion rupee (RM354 juta).

Misi itu merupakan percubaan kedua India untuk mendarat di bulan dan kejayaan itu berlaku kira-kira beberapa hari selepas misi kapal angkasa Russia, Luna-25 gagal.

Pada 2019, misi Chandrayaan-2 berjaya mengerahkan pengorbitnya namun jentera pendaratan dan kenderaan robotiknya terhempas.

Chandrayaan bermaksud `kenderaan bulan’ dalam bahasa Hindi dan Sanskrit.

Pendaratan di kutub selatan bulan dikatakan sukar susulan permukaannya, namun ais terdapat di lokasi itu dipercayai boleh membekalkan bahan api, oksigen dan air minuman untuk misi seterusnya.

Penduduk di seluruh India menonton pendaratan Chandrayaan-3 secara langsung di televisyen manakala hampir tujuh juta orang menyaksikannya di laman YouTube.

Chandrayaan-3 dijangka beroperasi selama dua minggu bertujuan menjalankan siri eksperimen termasuk analisis spektrometer komposisi mineral permukaan bulan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya