Restoran tawar khidmat cuci rambut untuk hilangkan bau makanan

Restoran tawar khidmat cuci rambut untuk hilangkan bau makanan

FASILITI cuci rambut ditawarkan di restoran HaiDiLao. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah restoran yang menjual hidangan periuk panas atau hot pot di bandar Wuxi, China menarik perhatian ramai selepas melancarkan perkhidmatan cuci rambut untuk pelanggannya.

Perkhidmatan itu ditawarkan kepada pelanggan setia restoran HaiDiLao yang mahu menghilangkan bau makanan dari rambut mereka selepas menjamu hidangan.

Sekiranya program perintis dianjurkan rangkaian restoran hot pot terbesar China itu terbukti berjaya, maka penggemar hidangan terbabit tidak perlu risau lagi mengenai rambut mereka yang berbau makanan.

HaiDiLao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan cuci rambut di satu daripada cawangan restorannya di wilayah Jiangsu.

“Pengalaman seperti di salun rambut hanya disediakan untuk pelanggan setia yang berjaya mengumpul mata mencukupi iaitu `syiling Lao’ dengan membelanjakan wang di beberapa cawangan HaiDiLao,” jelas laporan.

Beberapa gambar tular dalam media sosial China menunjukkan fasiliti cuci rambut yang ditawarkan di restoran HaiDiLao di Wuxi, dilihat menyaingi salun kecantikan profesional lain.

Malah, berdasarkan testimoni pelanggan yang mencuba perkhidmatan itu, rata-rata menyatakan amat berpuas hati selain menyifatkannya benar-benar bernilai bagi setiap 200 syiling Lao yang diperuntukan.

“Pelanggan ditawarkan pelbagai jenis syampu untuk dipilih, selain dapat menikmati urutan kepala yang menenangkan ketika pakar kecantikan profesional mencuci rambut.

“Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira 20 minit termasuk pengeringan rambut,” jelas laporan.

Oleh kerana, perkhidmatan cuci rambut itu masih dalam fasa ujian, ia tidak dipasarkan sama sekali, jadi ramai yang tidak tahu mengenainya.

Bagaimanapun, selepas gambar fasiliti cuci rambut itu menjadi tular, pihak restoran mula mendapat banyak permintaan untuk tempahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya