Ratusan sukarelawan sertai pencarian raksasa Loch Ness

Ratusan sukarelawan sertai pencarian raksasa Loch Ness

PENCARIAN Loch Ness itu merupakan terbesar pernah dilakukan dalam tempoh lebih 50 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH: Beratus-ratus sukarelawan menyertai usaha mencari makhluk gergasi yang dikatakan bersembunyi dalam tasik Loch Ness di Scotland.

Misi pencarian membabitkan seramai 200 sukarelawan dan berlangsung pada hujung minggu lalu, merupakan yang terbesar pernah dilakukan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidikan bebas, Loch Ness Centre dan Loch Ness Exploration akan melakukan pencarian di tasik itu dengan menggunakan dron yang dilengkapi kamera inframerah dan pengesan bawah air.

Sukarelawan pula akan membantu merekodkan sebarang penampakan biasa dan luar biasa berhubung makhluk berkenaan dari kawasan darat.

Pencarian itu dilakukan beberapa hari selepas seorang pelancong mendakwa melihat `bentuk hitam’ di tasik tersebut.

Pada hujung minggu lalu, saintis dan sukarelawan menyertai pencarian terbesar di perairan tersebut sejak Biro Penyiasatan Loch Ness mengkaji tasik itu pada 1972.

Pelannya adalah menggabungkan teknologi baharu untuk mengimbas dan mendengar isyarat bawah air daripada makhluk itu

Para sukarelawan pula memantau permukaan air untuk mengesan sebarang pergerakan makhluk itu.

Meskipun tiada bukti konkrit, mereka yang terlibat dalam operasi itu merakam empat `bunyi tidak dapat dijelaskan’ di kawasan yang dikatakan antara lokasi kegemaran raksasa Loch Ness selama ini.

Jurucakap Loch Ness Exploration, Ian McKenna berkata, bunyi berkenaan dikesan di kawasan Teluk Urquhart.

“Ia dirakam oleh hidrofon ketika kami sedang menyediakan peralatan, malah empat bunyi itu amat berbeza.

“Kami tidak boleh menyatakan ia merupakan Nessie, cuma bunyi itu tidak dapat dijelaskan,” katanya.

Cerita mengenai raksasa Loch Ness yang bersembunyi di tasik itu sudah kedengaran lebih 1,500 tahun.

Setakat ini, teori mengenai rupa sebenar raksasa Loch Ness dibesar-besarkan.

Ia diperincikan sebagai ‘kuda air’ sama seperti spesis haiwan zaman dinosaur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya