Rakyat Uganda pertama didakwa undang-undang anti-LGBTQ

Rakyat Uganda pertama didakwa bawah undang-undang anti-LGBTQ

PENUNJUK perasaan menyertai protes menentang undang-undang anti-LGBTQ Uganda di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi rakyat Uganda yang pertama didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks sejenis.

Menurut pendakwa raya dan peguam, ia merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang digubal baru-baru ini.

Walaupun menerima kecaman hebat daripada negara Barat dan organisasi hak asasi manusia, Uganda tetap menggubal undang-undang paling tegas di dunia pada Mei lalu.

Undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.

Berdasarkan kertas pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan itu pada 18 Ogos lalu selepas dituduh melakukan hubungan seksual yang melanggar undang-undang dengan seorang lelaki berusia 41 tahun.

Bagaimanapun, kertas pertuduhan itu tidak mendedahkan butiran terperinci termasuk alasan perbuatan itu yang dianggap teruk.

“Memandangkan ia merupakan kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah tinggi, pertuduhan itu dibacakan dan diterangkan kepada defendan ketika berada di mahkamah majistret pada 18 Ogos lalu.

“Malah, lelaki itu sudah direman,” jurucakap pejabat pendakwa raya, Jacqueline Okui.

Okui tidak mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kes tersebut.

Jurucakap itu memaklumkan dia tidak pasti sama ada individu lain sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan melakukan kesalahan hubungan seks sejenis yang teruk.

Sementara itu, peguambela defendan, Justine Balya berkata, beliau menyifatkan undang-undang anti-LGBTQ itu tidak berperlembagaan.

Balya memberitahu empat lagi individu didakwa dibawah undang-undang itu sejak dikuatkuasakan.

Namun, katanya, anak guamnya merupakan warga pertama didakwa atas kesalahan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai kes berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya