Rakyat tidak sokong Pheu Thai, tentera bentuk kerajaan

Rakyat tidak sokong Pheu Thai, tentera bentuk kerajaan

SRETTHA Thavisin (kiri) dan Paetongtarn Shinawatra ketika menghadiri sidang media di ibu pejabatnya di Bangkok, Thailand.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kajian yang diterbitkan Institut Pentadbiran Pembangunan Nasional mendapati kebanyakan rakyat Thailand tidak menyokong gabungan Parti Pheu Thai mahu pun tentera untuk membentuk kerajaan di negara itu.

RAKYAT KECEWA

Dapatan itu merupakan hasil tinjauan yang diterbitkan kelmarin sebelum undian Parlimen negara itu yang bertujuan menamatkan kebuntuan politik selama tiga bulan.

Dapatan menunjukkan kira-kira 64 peratus daripada 1,310 responden menyatakan mereka tidak bersetuju dengan idea Parti Pheu Thai membentuk kerajaan khas dengan parti penyokong tentera.

Negara itu ditadbir kerajaan sementara selama lima bulan selepas berdepan ketidaktentuan berpanjangan, apabila Parti Move Foward (MFP) yang memenangi pilihan raya pada Mei lalu disekat daripada membentuk kerajaan oleh Ahli Parlimen konvervatif yang bersekutu dengan tentera.

Parti Pheu Thai yang berada di tempat kedua kemudian mengambil alih usaha membentuk kerajaan selepas mengumumkan MFP tidak lagi menyertai pakatan gabungannya.

Parti Pheu Thai diasaskan oleh keluarga jutawan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang hidup dalam buangan di luar negara sejak 15 tahun lalu.

MOHON MAAF KEPADA PENYOKONG

Bagi membentuk kerajaan, Parti Pheu Thai akan mencalonkan hartawan, Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri dan memerlukan sokongan lebih separuh Ahli Parlimen termasuk senat yang dilantik oleh tentera.

Anak perempuan Thaksin, Paetongtarn Shinawatra yang juga salah seorang daripada tiga calon Perdana Menteri Pheu Thai, memohon maaf kepada penyokongnya Ahad lalu kerana parti itu gagal mengotakan ikrar pilihan raya mereka untuk tidak menyertai parti pro-tentera.

“Kita perlu membuat pelarasan untuk memastikan negara terus maju.

“Sudah tentu, Pheu Thai mempunyai harga yang perlu dibayar, itu adalah kritikan orang ramai. Kami dengan rendah hati menerima dan memohon maaf kerana membuat ramai kecewa dan sedih,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, parti itu akan berusaha sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah negara jika memenangi undian untuk membentuk kerajaan.

Dalam tinjauan sama yang dijalankan, data menunjukkan calon Perdana Menteri, Paetongtarn menjadi pilihan apabila memperoleh sokongan sebanyak 38.6 peratus, diikuti Srettha dengan 36.6 peratus.

Khamis lalu, Parti Pheu Thai memperoleh sokongan daripada Parti Bangsa Bersatu Thai (UTN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha.

Parti Palang Pracharat (PPRP) pimpinan bekas Ketua Tentera, Prawit Wongsuwon turut menyatakan sokongan terhadap Pheu Thai bulan ini dalam usaha mengakhiri kemelut politik tersebut walaupun tidak menyertai perikatan itu.

Menurut Timbalan Ketua Pheu Thai, Phumtham Wechayachai, pihaknya sudah mendapat sokongan daripada 14 parti dalam usahanya membentuk kerajaan menjelang undian Parlimen.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya