Projek HSR Indonesia mungkin disambung ke Surabaya

Projek HSR Indonesia mungkin disambung ke Surabaya

PROJEK kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Jakarta-Bandung mungkin dilanjutkan ke Surabaya di Jawa Timur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubung Jakarta dan Bandung dijangka dilancarkan pada awal bulan depan selepas beberapa tahun ditangguhkan.

Perkhidmatan kereta api itu bakal menyaksikan perjalanan dari Jakarta ke Bandung, Jawa Barat hanya mengambil masa selama 45 minit berbanding perjalanan biasa yang memakan masa tiga jam.

Kejayaan projek itu secara tidak langsung memberi galakan kepada kerajaan Indonesia untuk melanjutkan projek rel HSR melepasi jajaran Jakarta-Bandung sepanjang 142 kilometer.

Kerajaan dalam perancangan untuk meluaskan projek HSR ke fasa dua dengan memanjangkan laluan ke Surabaya di Jawa Timur, iaitu 700 kilometer ke arah timur dari Jakarta.

Rancangan itu bertujuan mengimbangi kecekapan dan keuntungan pelbagai pihak.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pengangkutan di Jakarta, Deddy Herlambang memaklumkan, kereta api berkelajuan tinggi tidak boleh beroperasi sejauh 142 kilometer sahaja memandangkan pelaburannya terlalu mahal.

“Amat membazir jika hanya (beroperasi) ke Bandung. Di samping itu, kami mempunyai hutang dengan bank China. Ia akan menjadi lebih logik jika rel dilanjutkan lebih jauh, jadi ia akan menjadi lebih cepat untuk mendapatkan balik pelaburan,” katanya.

Tambah beliau, kereta api laju Jakarta-Bandung juga mungkin menjadi model untuk memacu projek lain yang serupa yang masih menghadapi pelbagai cabaran di rantau ini.

Memetik laporan CNA, kereta api generasi baharu itu direka bergerak pada kelajuan tertinggi 420 kilometer sejam namun atas sebab keselamatan, pihak berkuasa memaklumkan kelajuan diluluskan kepada 350 kilometer sejam.

Sementara itu, penumpang boleh menikmati perkhidmatan percuma selama dua bulan selepas pelancaran yang mana merupakan sebahagian daripada kempen pengenalan dan operasi komersial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya