Presiden Niger, keluarga dibiarkan kebuluran dalam tahanan junta

Presiden Niger, keluarga dibiarkan kebuluran dalam tahanan junta

MOHAMED BAZOUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Presiden Niger yang digulingkan bersama keluarganya didakwa ditahan dalam keadaan daif dan ‘tidak berperikemanusiaan’ oleh junta tentera.

Keadaan itu menyaksikan mereka mengalami penurunan berat badan yang drastik kerana kekurangan makanan selepas bekalan elektrik diputuskan sehingga makanan yang disimpan dalam peti sejuk membusuk.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaka perempuan Mohamed Bazoum, Zazia Bazoum yang bercuti di Perancis ketika junta tentera merampas kuasa di Niger.

ZAZIA BAZOUM

Zazia memberitahu, dia berhubung dengan bapa, ibu dan adiknya hampir setiap hari untuk bertanyakan keadaan mereka.

“Keluarga saya ditahan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Mereka tidak mempunyai bekalan air bersih dan hanya bergantung kepada makanan seperti beras dan pasta, biarpun bekalan gas semakin habis.

“Situasi mereka amat sukar. Mereka duduk dalam keadaan gelap apabila bekalan elektrik juga diputuskan. Cuaca di Niger tidak menentu dan keadaan itu amat sukar.

“Bapa memaklumkan dia tidak akan menyerah kalah dan akan terus berjuang, namun sukar untuk saya melihat mereka hidup dalam kesusahan,” katanya seperti yang dilaporkan The Guardian.

Sehingga kini, usaha antarabangsa gagal membebaskan Bazoum daripada tahanan junta.

Ketua junta, Jeneral Abdourahamane Tiana dan sekutunya membentuk kerajaan baharu minggu ini, sekali gus menunjukkan mereka tidak akan akur dengan desakan antarabangsa supaya menyerahkan semula kuasa kepada Bazoum.

Pada Khamis lalu, Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) mengarahkan semua pasukan tentera bersiap siaga sebagai tindakan menekan junta untuk berundur.

Kelmarin, Kesatuan afrika menggesa komuniti antarabangsa segera menyelamatkan Bazoum dan keluarganya, selain Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menzahirkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan pemimpin tersebut.

Selain itu, Zazia memaklumkan, junta tentera menghalang doktor memasuki kediaman presiden untuk merawat bapanya dan mereka diarahkan supaya tidak kembali ke kediaman tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya