JAKARTA: Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto mengakui tidak berasa malu untuk belajar daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai pelbagai perkara, termasuk berkaitan politik.
Prabowo yang juga Menteri Pertahanan Indonesia memaklumkan perkara tersebut selepas caranya bertemu dengan masyarakat dinilai sama dengan cara Jokowi.
“Ya, mungkin cara kami lebih kurang sama, lagi pun saya memang banyak belajar dari Pak Jokowi dan saya tidak malu untuk bertanya pelbagai perkara dengan beliau.
“Jika dulu saya kelihatan kaku dan tidak bersahaja, kini saya mahu mendekati masyarakat dengan cara yang lebih santai supaya mereka selesa dan saya juga boleh mengetahui lebih banyak permasalahan mereka,” katanya.
Prabowo juga menjelaskan, semakin bertambah umur individu, mereka seharusnya lebih banyak belajar pelbagai perkara.
Selain itu, Prabowo juga menolak dakwaan yang menyatakan beliau kini menjadi ‘hamba kuasa’.
“Tidak salah kita belajar banyak perkara untuk menjadikan diri lebih baik.
“saya berjiwa patriot, Jokowi juga patriot, jadi tidak salah saya belajar dari beliau dan buat apa nak rasa malu?,” ujarnya.
Prabowo kalah kepada Jokowi dalam Pilihan Raya Presiden 2014 dan 2019 sebelum bergabung dengan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).