Perkhidmatan bas bantu jururawat mudahkan perjalanan ulang-alik

Perkhidmatan bas bantu jururawat, mudahkan perjalanan ulang-alik dari Johor ke Singapura

JURURAWAT menaiki bas ulang-alik yang membawa mereka pulang ke Johor Bahru dari Singapura.-AGENSI/CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Hospital kini menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik khas kepada jururawat warga Malaysia yang bekerja di Singapura dalam usaha meredakan kebimbangan tentang kekurangan tenaga kerja dalam industri penjagaan kesihatan di negara itu.

Harga sewa rumah yang melambung tinggi selepas pandemik Covid-19 menyebabkan ramai jururawat dari Johor yang bekerja di hospital dan pusat kesihatan di Singapura tidak mampu untuk terus tinggal di negara itu.

Justeru, perkhidmatan bas ulang-alik dilihat seperti talian hayat bagi menyelesaikan masalah itu dan mengekalkan khidmat jururawat Malaysia di kota Singa.

“Saya memperoleh keseimbangan kehidupan kerja dengan perkhidmatan bas ulang-alik ini. Sebelum ini, saya mempunyai masa yang sangat terhad di rumah,” kata seorang jururawat, Prasana Devi Mathavan.

Ketua Jururawat, Lingeaswary Chendra Mohhan pernah mengalami perjalanan yang lebih lama dari rumahnya di Johor Bahru ke Hospital Gleneagles di Singapura, tempat dia bekerja.

Ketika ditemu ramah wartawan Channel News Asia, wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia pernah bangun seawal pukul 3.00 pagi untuk syif 7.00 pagi dan perjalanannya melibatkan empat bas awam.

Dengan kemudahan bas ulang-alik, Mohhan mengakui mempunyai banyak masa untuk berehat dan bersarapan sebelum memulakan kerja.

Mohhan, yang kini sedang meneruskan pengajian ijazah sarjana dalam kesihatan awam juga dapat pulang sejam lebih awal, sekali gus memberikannya lebih banyak masa untuk belajar.

Ramai jururawat lain turut memberitahu mereka kini mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga mereka dengan bantuan perkhidmatan bas berkenaan.

Nishanti Vikaraman yang juga ibu kepada tiga anak berusia 35 tahun, mengakui pernah terfikir untuk meletak jawatan selepas melahirkan anak ketiganya berikutan waktu perjalanan yang panjang dan masa yang terlalu suntuk untuk diluangkan bersama anak-anaknya.

“Kadang-kadang saya langsung tidak berehat. Saya baring tetapi tidak benar-benar dapat melelapkan mata kerana fikir saya perlu bersedia untuk bekerja.

“Saya berasa sangat letih dan saya tidak ada pilihan selain mahu meletak jawatan. Tetapi sejak mengambil perkhidmatan ulang-alik, saya boleh sampai ke rumah lebih awal,” katanya.

IHH Healthcare Singapore berkata, lebih 300 pekerja di empat hospital menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik itu.

Permintaan bagaimanapun melebihi kapasiti semasa dan syarikat berkenaan merancang untuk menambah lebih banyak bas.

Syarikat itu ialah pengendali hospital swasta terbesar di Singapura dan mengendalikan kedua-dua hospital Gleneagles dan Parkway East.

“Pandemik Covid-19 mewujudkan permintaan tinggi untuk jururawat yang ingin berhijrah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana sekatan perjalanan.

“Isu keupayaan dalam semua pengendali penjagaan kesihatan meningkat pada 2022 apabila sempadan dibuka semula, walaupun keadaan bertambah baik pada separuh pertama tahun ini.

“Justeru IHH dan institusi penjagaan kesihatan lain berusaha melaksanakan beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan kerja jururawat supaya mereka dapat kekal berkhidmat dalam keadaan yang kurang membebankan mereka,” kata syarikat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya