Perang boleh berlaku bila-bila masa di Niger

Perang boleh berlaku bila-bila masa di Niger

PENYOKONG junta tentera Niger mengibarkan bendera kebangsaan di Niamey. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) menyatakan hampir kesemua negara anggotanya bersedia untuk ‘menyertai operasi ketenteraan di Niger‘ susulan rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera negara itu.

Barisan ketua pertahanan 15 negara anggota ECOWAS mengadakan pertemuan di Accra kelmarin sebagai usaha terbaharu untuk mengembalikan semula kuasa Presiden Niger, Mohamed Bazoum yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 26 Julai lalu.

BARISAN pemimpin ECOWAS merakam gambar kenangan selepas mengadakan pertemuan di Accra, Ghana bagi membincangkan krisis yang berlaku di Niger. – AFP

Kesemua negara anggota kecuali mereka yang berada di bawah pentadbiran tentera dan Cape Verde dilaporkan bersedia untuk melakukan operasi ketenteraan, menurut Pesuruhjaya ECOWAS, Andel-Fatau Musah.

“Demokrasi merupakan elemen yang kami pertahankan dan galakkan.

“Pertemuan ini bukan sahaja untuk memberi reaksi terhadap apa yang berlaku di Niger, malah ia juga bertujuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, terutamanya dalam mengembalikan keamanan di negara itu,” kata Ketua Pertahanan Nigeria, Jeneral Christopher Gwabin Musa.

Mesyuarat itu bagi membincangkan krisis yang berlaku di Niger selepas junta tentera negara itu gagal mematuhi ‘perjanjian 6 Ogos’ yang menggesa pembebasan Bazoum.

Bazoum dan keluarganya kini masih menjalani tahanan rumah di Niamey.

TIADA PILIHAN

Blok Afrika sebolehnya tidak mahu menggunakan pendekatan ketenteraan, namun mereka tidak mempunyai pilihan berikutan ‘tiada penyelesaian dapat dicapai’ antara ECOWAS dengan junta tentera Niger.

Burkina Faso dan Mali yang sebelum ini berdepan dengan beberapa kali rampasan kuasa sejak 2020 memberi amaran bahawa sebarang campur tangan ketenteraan di Niger akan mencetuskan peperangan.

Guinea yang juga berada di bawah pentadbiran tentera turut menentang tindakan agresif kerana peperangan di benua Afrika hanya menyebabkan banyak negara ‘menderita’.

Selain itu, pihak berkuasa Ghana juga bimbang dengan provokasi yang dilakukan kerana negara itu mempunyai banyak perjanjian budaya dan kerjasama ketenteraan dengan Niger.

SOKONGAN KESATUAN AFRIKA

Dalam pada itu, Kesatuan Afrika akan mengadakan pertemuan pada Isnin depan untuk menyatakan persetujuan atau sebaliknya berhubung rancangan ECOWAS untuk melakukan operasi ketenteraan di Niger.

Majlis Keselamatan dan Keamanan Kesatuan Arika akan mengeluarkan arahan operasi ketenteraan di negara ini sekiranya benua Afrika berisiko bergolak akibat rampasan kuasa yang berlaku.

Sekiranya kesatuan itu menolak tindakan tersebut, ECOWAS boleh menggunakan tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan tersebut.

RAKYAT SOKONG RAMPASAN KUASA

Terdapat ramai penduduk ‘gembira dan lega’ apabila melihat 12 tahun pemerintahan oleh Parti Niger untuk Demokrasi dan Sosialisme (PNDS) pimpinan Bazoum berakhir.

Kebanyakannya menyatakan demokrasi di bawah pentadbiran PNDS tidak dilaksanakan dengan baik.

“Ia adalah pembebasan. Melihatkan keadaan negara ini sejak beberapa dekad lalu, kami kini berasa bebas,” kata petugas pentadbiran agensi swasta, Alhassane Adamou.

“Saya menyokong tentera 100 peratus. Di bawah rejim lama, mereka bercakap tentang demokrasi tetapi ia hanya kata-kata. Kami tidak menerima demokrasi tetapi diktator,” kata seorang peniaga, Samaila Abdourahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya