Pengangkutan awam paling baik atasi pencemaran udara - Jokowi

Pengangkutan awam paling baik atasi pencemaran udara – Jokowi

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menegaskan pengangkutan awam seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung merupakan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan pencemaran udara di Jakarta dan kawasan berhampirannya.

Katanya, masyarakat perlu digalakkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan menggunajan bahan api fosil.

Sehubungan itu jelas Jokowi, kerajaan akan memperkenalkan mod pengangkutan terbaharu dalam masa terdekat.

“Adalah lebih baik sekiranya masyarakat menggunakan pengangkutan awam daripada kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api fosil kerana ia boleh mengurangkan pencemaran udara.

“Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam di negara kita, jadi kenapa tidak mahu menggunakannya?,” kata Jokowi.

Selain itu, Jokowi juga mendesak supaya pihak berkaitan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam, termasuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

Jokowi turut bercadang untuk mengurangkan bilangan pekerja yang bekerja di pejabat supaya bilangan kenderaan dapat dikurangkan.

“Kita mungkin menggalakkan masyarakat bekerja secara hibrid, kerja dari rumah dan kurangkan masuk ke pejabat,” ujarnya.

Sebelum ini, penduduk Jakarta dan kawasan sekitarnya mengadu mengenai kualiti udara yang kurang baik sejak beberapa hari lalu.

Pusat pemantauan kualiti udara IQAir juga menunjukkan kualiti udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya dalam kategori tidak sihat dengan tahap pencemaran PM2.5.

Jakarta juga sebelum ini dinobatkan sebagai bandar dengan kualiti udara paling kotor di dunia, namun dibantah pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai ‘penilaian yang salah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya