Penduduk UK ketagih banyak pil tidur

Penduduk UK ketagih banyak pil tidur

ISU ketagihan pil tidur di UK dilaporkan semakin membimbangkan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk United Kingdom (UK) kini didakwa berdepan krisis ketagihan pil tidur dengan preskripsi ubat berkenaan mencapai tahap tertinggi mencecah 7 juta pound (RM40.6 juta) sebulan.

Walaupun pakar memberi amaran tentang bahayanya, data Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menunjukkan bilangan preskripsi untuk ubat hipnotik terus meningkat sejak lima tahun lalu.

Malah lebih 8,000 kanak-kanak termasuk yang berumur seawal empat tahun di England dilaporkan turut menerima preskripsi pil itu, yang turut dianggap skandal berbahaya di banyak klinik di negara itu.

Daerah di Kent, Medway, Devon, North West London dan beberapa wilayah termasuk Hampshire, Southampton dan Isle of Wight mencatat preskripsi paling banyak dengan kira-kira 20,000 dos, tiga kali ganda jumlah yang dilihat di lokasi lain.

Pakar Kesihatan Universiti College London, Prof. Joanna Moncrieff berkata, ramai pesakit yang mengalami insomnia menuntut diberikan pil tidur tetapi ubat berkenaan boleh mencetus masalah ketagihan yang serius dan menyukarkan mereka untuk berhenti mengambilnya.

Malah jelasnya, satu daripada 100 pesakit berisiko mengalami tingkah laku pelik seperti berjalan ketika tidur atau melakukan hubungan seks tanpa sedar sepenuhnya semasa mengambil ubat berkenaan.

“Insomnia sendiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kemurungan, sakit fizikal akibat pembedahan atau penggunaan dadah rekreasi. Pil tidur tidak menangani punca insomnia sebaliknya hanya menutupi kesannya.

“Akibatnya, penghidap insomnia akhirnya boleh menjadi terlalu bergantung kepada pil tidur tanpa meneroka sebab mereka sukar untuk tidur,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya