Penduduk Papua mati kebuluran akibat kemarau

Penduduk Papua mati kebuluran akibat kemarau

PIHAK berkuasa Indonesia akan menghantar bekalan makanan kepada penduduk Papua pada minggu ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di wilayah timur Papua, selepas ribuan penduduknya berdepan kebuluran akibat musim kemarau luar biasa.

Sekurang-kurangnya enam maut sejak Jun lalu di daerah Puncak di Papua Tengah akibat musim sejuk yang kemudiannya diikuti musim kemarau sehingga menjejaskan hasil tanaman.

Pihak berkuasa memaklumkan, akses ke wilayah itu berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi yang mencabar, selain ancaman kumpulan pemisah bersenjata.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Suharyanto berkata, pihak berkuasa akan menghantar bekalan makanan, susu dan keperluan asas yang lain kepada penduduk di wilayah itu menggunakan helikopter.

Terdahulu, Suharyanto dalam sidang akhbar memaklumkan penduduk Puncak berdepan musim kemarau setiap tahun, namun keadaan lebih luar biasa direkodkan pada tahun ini sehingga ada yang mati kebuluran.

Katanya, empat orang mati kebuluran di wilayah yang sama pada tahun lalu.

Dalam pada itu, situasi penduduk Puncak turut mendapat perhatian Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengarahkan supaya pihak berkaitan memberikan bantuan segera.

Puncak terletak berhampiran gunung tertinggi di Indonesia dan merupakan satu daripada kawasan yang merekodkan hujan salji.

Biarpun kaya dengan emas, tembaga, timah dan gas asli, Papua masih menjadi satu daripada wilayah termiskin di Indonesia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya