Pencuri mangkuk tandas emas masih diburu

Pencuri mangkuk tandas emas masih diburu

MANGKUK tandas emas 18 karat direka oleh artis Itali, Maurizio Cattelan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis berharap dapat mendakwa suspek terlibat dalam kes kecurian mangkuk tandas emas bernilai 5 juta pound (RM29.2 juta) di Istana Blenheim, England.

Lapor Daily Mail, mangkuk tandas emas 18 karat direka oleh artis kontroversi dari Itali, Maurizio Cattelan merupakan sebahagian daripada pameran di Oxfordshire.

Mangkuk tandas emas itu dilarikan dari kediaman mewah Oxfordshire pada 14 September 2019.

Dilaporkan, hasil seni berharga itu dicuri kira-kira sehari selepas ia dipamerkan kepada umum.

Walaupun empat tahun sudah berlalu dan hanya tujuh individu ditahan pada ketika itu, pasukan penyiasat masih belum mendakwa mana-mana suspek secara rasmi berkaitan insiden pecah rumah itu.

Namun, The Sun melaporkan polis kini sudah menghantar dokumen kes kepada pendakwa raya sekali gus meningkatkan kemungkinan pertuduhan akan difailkan. 

“Kini terserah kepada Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota untuk membuat keputusan sama ada mahu mendakwa mana-mana tujuh suspek berkenaan yang ditahan sebelum ini,” jelas laporan.

Suspek itu terdiri daripada enam lelaki berumur 36 hingga 68 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun.

Terdahulu, satu kenyataan memaklumkan mangkuk tandas emas itu pernah dipamerkan di Muzium Guggenheim di New York pada 2016.

“Ia kemudian dipindahkan ke Istana Blenheim yang mana diletakkan di ruang tertutup bertentangan dengan bilik tempat Winston Churchill (mantan perdana menteri) dilahirkan,” jelas kenyataan. 

Apa yang menarik, pelawat yang mengunjungi Istana Blenheim berpeluang menggunakan tandas terbabit dengan peruntukan masa selama tiga minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya