Pemilik gudang mercun meletup di Thailand serah diri kepada polis - Utusan Malaysia

Pemilik gudang mercun meletup di Thailand serah diri kepada polis

PASUKAN penyelamat memeriksa lokasi kejadian letupan gudang mercun di Sungai Kolok, Narathiwat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri semalam.

Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia semalam sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.

“Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubah suai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang–undang darurat di Selatan Thailand,” katanya sidang sidang media di sini.

Sebelum ini, Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke Malaysia.

Pada 29 Julai lepas, seramai 11 orang maut , manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan.

Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden yang berlaku pada pukul pada 3.05 petang itu.

Selain itu, 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya