Pemandu trak tembak 11 penganut Yahudi dikenakan hukuman mati - Utusan Malaysia

Pemandu trak tembak 11 penganut Yahudi dikenakan hukuman mati

ROBERT BOWERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pemandu trak dijatuhi hukuman mati pada Rabu, atas kesalahan membunuh 11 penganut Yahudi, lima tahun lalu dalam serangan perkauman yang paling berdarah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Seramai 12 juri sebulat suara memutuskan warga AS, Robert Bowers perlu dihukum bunuh kerana bertindak melepaskan tembakan pada 27 Oktober 2018 di Pittsburgh.

Jabatan Kehakiman di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden, bagaimanapun sudah meletakkan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati pada peringkat Persekutuan, justeru tidak pasti sama ada hukuman itu akan dilaksanakan ke atas Bowers.

Lelaki berusia 50 tahun itu didapati bersalah pada Jun lalu bagi  semua 63 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, termasuk jenayah kebencian yang mengakibatkan pembunuhan dan cubaan membunuh.

Bowers secara teratur menjejaki mangsanya di rumah ibadat Tree of Life di Pittsburgh, menembak berkali-kali dari jarak dekat sambil menjerit “Semua orang Yahudi mesti mati!”

Pembunuhan beramai-ramai itu menambahkan lagi kebimbangan mengenai kebangkitan semula pelampau sayap kanan dan neo-Nazi di seluruh AS.

“Jenayah kebencian seperti ini mendatangkan kesakitan yang tidak boleh diubati kepada mangsa dan orang tersayang mereka serta menyebabkan seluruh masyarakat mempersoal keselamatan mereka,” kata Peguam Negara, Merrick Garland, berhubung hukuman berkenaan.

“Semua rakyat Amerika berhak hidup bebas daripada ketakutan terhadap keganasan yang didorong kebencian dan Jabatan Kehakiman akan bertanggungjawab bagi tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Bowers, yang memiliki senapang semiautomatik AR-15 dan tiga pistol Glock, melakukan pembunuhan itu ketika Shabbat, iaitu perayaan hari rehat Yahudi.

Dia sebelum itu menyuarakan dengan keras mengenai pandangan anti-Semitiknya secara dalam talian.

Dia ditahan di tempat kejadian, yang mengakibatkan beberapa pegawai polis dan dua penganut lain cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya