Pekerja Britain paling sedikit masuk ke pejabat

Pekerja Britain paling sedikit masuk ke pejabat

SEORANG lelaki menunggu kereta api di stesen Clapham Junction di selatan London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar tabiat kerja mendakwa warga Britain menghabiskan masa kurang daripada dua hari seminggu di pejabat dan dipercayai mereka tidak mungkin akan kembali kepada cara lama bekerja.

Memetik Daily Mail, laporan baharu mendedahkan pekerja kini menghabiskan 32 peratus minggu bekerja mereka berada di pejabat iaitu bersamaan 1.6 daripada lima hari.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 29 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, warga Britain dikatakan masih berasa ‘malu’ untuk berulang-alik dari rumah berbanding pekerja di Eropah, Amerika Latin dan rantau Asia-Pasifik yang mana masing-masing merekodkan 55, 43 dan 36 peratus kehadiran di pejabat.

Majikan kini berusaha mengurangkan ruang sedia ada di pejabat walaupun mengarahkan kakitangan datang ke pejabat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, dengan hanya 59 meja disediakan bagi setiap 100 pekerja.

Kajian itu diketuai oleh pengasas perundingan tempat kerja AWA, Andrew Mawson.

“Kami berpandangan cara lama tidak mungkin akan dilaksanakan lagi iaitu kehadiran dan operasi di pejabat,” katanya.

Kajian itu memberi penerangan baharu mengenai bagaimana tabiat kerja pekerja sudah berubah ketika ini dan selepas pandemik Covid-19, apabila warga Britain tidak lagi masuk ke pejabat dan mula bekerja dari rumah.

Di peringkat global, para pekerja dipercayai menghabiskan kira-kira 3.8 hari seminggu bekerja di pejabat sebelum pandemik Covid-19.

Jumlah itu menurun kepada purata 1.75 hari di seluruh dunia pada 2023.

Kira-kira 29 peratus majikan di United Kingdom (UK) mengenakan dasar tersendiri yang mensyaratkan pekerja menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua hari bekerja di pejabat.

Namun, tuntutan berkenaan tidak diendahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya