PBB umum misi pengaman di Congo masuki fasa akhir

PBB umum misi pengaman di Congo masuki fasa akhir

PASUKAN pengaman PBB di Congo bakal mengakhiri perkhidmatan mereka di negara itu tidak lama lagi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memaklumkan, misi badan tersebut di Republik Demokratik Congo sudah memasuki ‘fasa akhir’.

Menerusi laporan, Guterres menyampaikan penilaian yang jelas mengenai kemelut di Congo dan menetapkan rancangan untuk menamatkan misi MONUSCO PBB selepas hampir 25 tahun berada di negara ini.

Laporan setebal 15 muka surat itu juga menunjukkan ketegangan serantau semakin meningkat dan keadaan kemanusiaan yang semakin teruk sejak tahun lalu, selain ratusan ribu penduduk dipindahkan secara paksa.

“Keganasan seksual terhadap kanak-kanak meningkat lebih daripada dua kali ganda dari 2021 hingga 2022,” menurut laporan tersebut.

Di timur wilayah North Kivu dan Ituri yang menjadi kawasan paling terus terjejas akibat konflik, sebanyak 28 dan 39 peratus populasi atau empat juta orang kehilangan tempat tinggal.

Selain itu, kebangkitan kumpulan pemberontak M23 yang menguasai kebanyakan wilayah di negara ini juga membimbangkan.

Kumpulan itu ‘mewujudkan pentadbiran haram dan sewenang-wenangnya menahan serta menghukum orang awam tanpa sebab’.

Dalam pada itu, PBB menegaskan kesediaan mereka untuk keluar dari Congo, namun memberi amaran ‘pengunduran terlalu awal boleh menyebabkan kesan buruk terhadap penduduk yang bergantung kepada misi badan itu untuk perlindungan dan keselamatan’.

Pada September 2022, Presiden Congo, Felix Tshisekedi percaya misi MONUSCO tidak perlu lagi diteruskan sehingga Disember tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya