CHERNIHIV: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan peluru berpandu Russia terhadap bandar Chernihiv di utara Ukraine yang memgorbankan tujuh nyawa dan menderakan lebih 100 orang.
Penyelaras Misi Bantuan Kemanusiaan PBB di Ukraine, Denise Brown menyifatkan serangan terhadap bandar besar yang mempunyai ramai penduduk itu, sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Tegasnya, serangan ketenteraan ke atas orang awam dilarang sama sekali di bawah Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
“Perbuatan keji menyerang dataran utama sebuah bandar besar pada waktu pagi, ketika orang ramai sedang keluar berjalan dan menghadiri acara keagamaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) , Audrey Azoulay turut menyatakan rasa terkejut dengan insiden serangan tersebut dalam catatannya di media sosial.
Bandar tersebut sebelum ini selamat kerana tidak menjadi tumpuan serangan dalam operasi ketenteraan yang dilaksanakan Moscow terhadap Kiev.
Chernihiv merupakan sebuah bandar bersejarah yang tersenarai untuk pencalonan ke UNESCO.-AFP