Orang ramai terkejut Putera William jadi pelayan saji burger sayuran - Utusan Malaysia

Orang ramai terkejut Putera William jadi pelayan saji burger sayuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera William mengejutkan orang ramai yang di sebuah trak makanan di London apabila muncul sebagai pelayan menyaji burger sayuran.

Lapor CNN, Putera William bekerjasama dengan saluran YouTube Sorted Food mencipta burger tanpa daging yang dihasilkan menggunakan inovasi pemenang program Earthshot Prize tahun 2022.

Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, pasukan itu menyediakan burger menggunakan barangan Earthshot yang diserahkan kepada Putera William untuk dihidangkan kepada pelanggan trak makanan.

Ketika pasukan meminta cef menyediakan empat burger Earthshot, Putera William menoleh membuatkan pelanggan yang berada di situ terkejut.

“Adakah betul itu Putera William?,” tanya seorang wanita dalam video.

“Otak saya mengambil masa seperti tiga saat untuk memproses apa yang terjadi. Adakah saya bermimpi? Adakah saya cukup tidur? Saya kehilangan kata-kata,” menurut seorang lagi pelanggan di trak makanan itu.

Sementara itu, Putera William memberitahu pelanggan bahawa Earthshot Prize merupakan projek berdurasi 10 tahun yang diasaskan pada 2020 bertujuan untuk membaik pulih bumi.

Hadiah itu mengiktiraf mereka yang menyediakan penyelesaian alam sekitar memandang ke hadapan merentas lima kategori iaitu Melindungi dan Memulihkan Alam Semula Jadi, Bersihkan Udara Kita, Memulihkan Semula Lautan, Ke Arah Dunia Bebas Pembaziran dan Memperbaiki Iklim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya