SINGAPURA: Rakyat Singapura dikatakan memang terkenal kerana suka membuat aduan berbanding negara lain.
Kenyataan itu mungkin ada benarnya apabila OneService menerima 1.7 juta aduan mengenai isu perbandaran di negara pulau itu.
Memetik laporan Chanel News Asia, itu adalah jumlah aduan yang dikemukakan oleh penduduk Singapura dalam satu tahun kepada aplikasi kendalian kerajaan yang mengumpul maklum balas mengenai masalah setempat.
Keluhan yang dikemukakan adalah daripada tong sampah yang melimpah hingga kepada tempat letak kereta haram, jiran bising dan masalah perosak.
Sejak OneService dilancarkan pada tahun 2015, ia terus menjadi tumpuan penduduk negara itu.
Pada bulan April tahun ini, aplikasi itu mendapat pujian di Reddit dengan1,700 undian dan menarik lebih 180 komen, kebanyakannya positif.
“Ia seperti LHL (Perdana Menteri Lee Hsien Loong) sendiri memantau aplikasi itu,” tulis seorang pengguna. Mereka super duper cepat, lebih cepat daripada menelefon atau menghantar e-mel kepada mereka.”
Yap Yeow Chern, yang mengetuai pasukan OneService, turut berkongsi urutan Reddit itu di LinkedIn dengan kapsyen “Oh my heart”.
Malah Yap turut menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri Singapura menjejaki prestasi aplikasi itu.
“Ia tidak benar,” kata Yap, yang merupakan pengarah kanan operasi di Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO).
Katanya, sebagai kerajaan mereka telah melabur banyak sumber untuk menjadikan aplikasi itu yang terbaik.
Katanya, semua aduan yang diterima daripada penduduk akan dianalisis datanya.
Ditanya mengapa beliau berpendapat OneService telah dipuji kerana kecekapannya, Yap berkata portal itu menggunakan aduan yang diterimanya untuk analisis data. – CNA