NZ desak pembebasan juruterbang diculik di Papua - Utusan Malaysia

NZ desak pembebasan juruterbang diculik di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins menggesa pembebasan seorang rakyatnya yang diculik pemisah Papua di Indonesia sejak enam bulan lalu.

Juruterbang Phillip Mehrtens berkhidmat untuk syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air ketika beliau diculik pemberontak di lapangan terbang Nduga pada Februari lalu.

“Phillip adalah bapa, suami dan abang dan anak sangat disayangi.

“Saya sekali lagi menggesa mereka yang menahan Phillip segera melepaskannya. Tiada kewajaran sama sekali untuk mengambil tebusan.

“Semakin lama Phillip ditahan, semakin banyak risiko terhadap kesejahteraannya dan semakin sukar bagi dirinya serta keluarganya,” kata Hipkins dalam sidang media di Auckland.

Hipkins berkata, Kementerian Luar mengetuai respons New Zealand dengan bekerjasama bersama pihak berkuasa Indonesia.

Katanya, beliau sudah menghubungi keluarga Mehrtens minggu ini ‘bagi memberi jaminan kerajaan akan melakukan semua yang mampu untuk membawa pulang Phillip’.

“Saya akui ini masa sangat mencabar untuk mereka. Keselamatan dan kesejahteraan Philip tetap menjadi keutamaan kami.”

Pemberontak yang menculik Mehrtens ialah Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB).

Sebelum ini, mereka menuntut Indonesia mengiktiraf kemerdekaan Papua sebagai balasan untuk membebaskan warga New Zealand itu.

Menurut tentera Indonesia, pemisah bersenjata menyerang hendap tentera yang mencari Mehrtens April lalu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Papua ialah bekas tanah jajahan Belanda yang mengisytiharkan dirinya merdeka pada 1961. Tetapi, negara jiran Indonesia menguasainya dua tahun kemudian dan menjanjikan referendum kemerdekaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya