Norma baharu gelombang krisis makanan

Norma baharu gelombang krisis makanan

WANITA pelarian menunggu untuk mendapatkan bantuan di pusat pengedaran makanan di Bentiu, Sudan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekatan eksport beras yang dikenakan India dikhuatiri mencetus gelombang krisis makanan merentasi pasaran global terutamanya di Asia dan sub-Sahara Afrika yang banyak bergantung kepada bekalan dari negara itu.

UNDANG KRISIS MAKANAN

India menghentikan eksport beras putih bukan basmati pada akhir Julai untuk mengawal harga yang melonjak di dalam negara dan memastikan ketersediaan bekalan tempatannya.

India menegaskan terpaksa berbuat demikian berikutan harga antarabangsa yang tinggi selain didorong oleh senario geo-politik, sentimen El Nino dan keadaan iklim yang melampau di negara pengeluar beras lain.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Russia menarik diri daripada perjanjian bijirin Laut Hitam di tengah-tengah perang berterusan di Ukraine.

Gelombang haba yang membakar pada 2022 turut menjejaskan pengeluaran gandum India.

Malah sehingga kini larangan eksport oleh pengeluar gandum kedua terbesar dunia itu masih belum ditarik balik, walaupun selepas memasuki tahun kedua.

Kedua-dua isu itu sekali gus mengancam untuk mencetuskan krisis makanan yang lebih luas dan kebimbangan peningkatan masalah kebuluran yang sudah sekian lama dihadapi negara-negara miskin di Afrika.

Penganalisis pasaran beras dI Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( FAO), Shirley Mustafa berkata, pelbagai jenis beras bukan rebus, bukan basmati membentuk kira-kira 10 peratus daripada pasaran global sejak dua tahun lalu.

“Beras ini ditujukan ke kawasan yang sangat spesifik termasuk Malaysia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nepal dan Bangladesh.

“Baru-baru ini, pembeli Afrika turut muncul sebagai negara utama yang membeli beras jenis ini, termasuk Cameroon, Madagascar dan Côte d’Ivoire,” jelasnya.

TINGKAT KADAR KEBULURAN

Tetapi India juga memperkenalkan cukai eksport sebanyak 20 peratus ke atas beras rebus (parboil) yang meliputi 80 peratus daripada jumlah eksport beras negara itu.

Menurut Shirley, sekatan eksport sedemikian bukan sahaja menjejaskan kestabilan pasaran dan membawa kepada kenaikan harga di seluruh dunia tetapi juga memberi kesan kepada negara-negara miskin yang ingin membeli lebih banyak beras kerana bimbang bekalan makanan ruji mereka terjejas.

“Harga untuk beras putih Thailand yang dilihat sebagai harga penanda aras, naik kira-kira 14 peratus sejak pengumuman sekatan oleh India,” kata Penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa, Joseph Glauber.

Sementara itu, Profesor Ekonomi Makanan dan Pertanian Universiti Bonn Jerman, Matin Qaim menjelaskan, selain beras, harga makanan ruji seperti gandum, jagung dan minyak turut meningkat hingga mengganggu rantaian bekalan global.

Katanya, pertembungan keadaan cuaca yang melampau, sekatan eksport dan rekahan geopolitik boleh meletakkan keselamatan makanan dalam situasi berisiko yang berterusan.

“Saya bimbang beberapa kemajuan yang sudah kita capai dari segi keselamatan makanan dalam dua dekad yang lalu kembali terhenti.

“Kami kini lebih melihat peningkatan jumlah kelaparan dan keadaan ini mengancam untuk memberi kesan kepada matlamat pembangunan mampan bagi menamatkan kebuluran serta semua bentuk kekurangan zat makanan menjelang 2030,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya