Musk, Zuckerberg tidak jadi bertarung MMA?

Musk, Zuckerberg tidak jadi bertarung MMA?

MARK Zuckerberg (kiri) dan Elon Musk. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hartawan Mark Zuckerberg mendakwa seterunya, Elon Musk `tidak serius’ mengenai pertarungan tinju antara mereka yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

Justeru, ketua pegawai eksekutif Meta itu memaklumkan beliau enggan memikirkan perkara itu lagi.

Sebelum ini, dua taikun media sosial itu dikatakan sudah bersetuju untuk mengadakan perlawanan tinju itu, setelah Musk menerusi satu ciapan menyatakan `bersedia untuk bertarung dalam gelanggang’.

Zuckerberg kemudian mengambil tangkapan skrin ciapan Musk dan membalas komen tersebut dengan memintanya menghantar butiran lokasi pertarungan.

Bagaimanapun, semalam Zuckerberg menerusi aplikasi Threads memaklumkan pertarungan itu dijangka tidak menjadi kenyataan.

“Saya rasa kita semua boleh bersetuju Musk tidak serius, jadi sudah tiba masanya untuk melupakan pertarungan itu.

“Saya sudah memberi tarikh sebenar, malah Presiden UFC, Dana White juga mahu membantu menjadikan pertarungan ini sebagai acara rasmi dan menyalurkan hasil kutipan untuk tujuan amal.

“Setakat ini, Musk masih belum mengesahkan tarikh. Dia menyatakan perlu menjalani pembedahan.

“Sekiranya Musk serius mengenai pertarungan itu, beliau tahu cara menghubungi saya. Jika tidak, kita perlu move on. Saya mahu memberi tumpuan kepada pesaing yang mengambil serius mengenai sukan ini,” katanya.

Baru-baru ini, Musk mencadangkan pertarungan tinju itu diadakan di sebuah `lokasi epik’ di Itali.

Beliau mencadangkan pilihan penstriman dan lokasi tapak bersejarah bagi penganjuran acara itu.

Musk memaklumkan segala perancangan sedang diatur, malah mendakwa sudah bercakap dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Pada Jun lalu, Musk mencabar Zuckerberg bertarung dalam gelanggang susulan pertikaman lidah berhubung tindakan CEO Meta itu melancarkan Threads yang dilihat sebagai saingan langsung kepada X.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya