Miss Universe Global mohon maaf kepada finalis kena gangguan seksual - Utusan Malaysia

Miss Universe Global mohon maaf kepada finalis kena gangguan seksual

MISS Universe Global mengakhiri kontrak dengan PT Capella Swastika Karya dan pengarah Poppy Capella (empat dari kiri) ekoran insiden yang berlaku. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Organisasi Miss Universe Global memohon maaf terhadap semua finalis yang menjadi mangsa gangguan seksual semasa pertandingan itu berlangsung di Jakarta pada 30 Ogos lalu.

Penganjuran Miss Universe Indonesia 2023 dicemari insiden gangguan seksual yang dilaporkan berlaku dua hari sebelum pertandingan berlangsung.

Berdasarkan kenyataan seorang finalis yang membuat laporan polis, terdapat proses pemeriksaan tubuh para peserta yang tidak dinyatakan dalam jadual program di kawasan ballroom sebuah hotel di Jakarta Pusat.

Menurut laporan itu, finalis dipaksa membuka pakaian yang turut disaksikan tiga lelaki dan gambar mereka dalam keadaan separuh bogel turut dirakam ketika itu.

“Kami mohon maaf terhadap semua perkara yang berlaku, kami mohon maaf kerana insiden itu berlaku dengan kami.

“Kami juga hargai keberanian para finalis yang tampil membuat laporan mengenai kejadian itu dan kami akan menjadikannya sebagai panduan supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang,” menurut organisasi tersebut.

Badan itu juga memaklumkan, insiden yang berlaku amat bertentangan dengan standard yang ditetapkan dalam protokol pertandingan.

Miss Universe menjelaskan, mereka menyediakan tempat yang selesa dan bersesuaian untuk para finalis menukar pakaian serta bersiap.

“Apa yang berlaku amat bertentangan dengan standard kami dan kami amat menyesalinya.

“Kami juga ingin maklumkan bahawa organisasi ini akan mengakhiri kontrak dan hubungan dengan pemegang lesen ratu cantik Indonesia, PT Capella Swastika Karya dan pengarah, Poppy Capella,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya