MH122 berpatah balik: 32 penerbangan domestik dibatalkan - Utusan Malaysia

MH122 berpatah balik: 32 penerbangan domestik dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan susulan insiden seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur, hari ini.

Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.

“Akibat kejadian petang tadi, terdapat 32 penerbangan domestik dibatalkan dengan 16 penerbangan masuk dan 16 lagi penerbangan keluar.

“(Bagaimanapun), tiada penerbangan antarabangsa yang dibatalkan,” katanya memetik laporan media antarabangsa.

Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini kerana membuat gangguan.

Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.

Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada pukul 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang.

Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya