Mentol lampu tersekat dalam mulut

Mentol lampu tersekat dalam mulut

CHEN mengakui mentol lampu tersekat dalam mulutnya selama hampir dua jam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital di Zhejiang selepas gagal mengeluarkan mentol lampu LED yang dimasukkan sendiri ke dalam mulutnya.

Lapor Oddity Central, lelaki dikenali sebagai Chen mengakui melakukan aksi tersebut selepas ingin mencuba salah satu
cabaran yang tular dalam media sosial.

Ketika kejadian, Chen sambil menutup mulutnya dengan baju T mengunjungi sebuah balai bomba di bandar Yuyao untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan mentol tersekat itu.

Bagaimanapun, pasukan bomba mengakui sukar untuk mengeluarkan mentol itu selepas memeriksa keadaan Chen.

Justeru, anggota bomba memutuskan untuk menghantar Chen ke hospital berdekatan kerana bimbang mentol itu akan
pecah di dalam mulutnya.

Setelah tiba di Hospital Yuyao People, sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan mentol tersekat dalam mulut Chen dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang.

Sementara itu, Chen memaklumkan mentol lampu itu tersekat dalam mulutnya selama hampir dua jam.

“Saya cuba mengeluarkannya sendiri namun tidak dapat membuka mulut cukup luas bagi membolehkan mentol kaca itu dikeluarkan secara selamat tanpa mencederakan gigi atau bahagian dalam yang lain.

“Sepanjang tempoh itu, saya turut menghadapi masalah menelan dan bercakap, jadi saya memutuskan untuk mendapatkan bantuan profesional,” katanya selepas rawatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya