Masuk kelas bahasa boleh kurangkan risiko hidap nyanyuk

Masuk kelas bahasa boleh kurangkan risiko hidap nyanyuk

PESERTA turut diberikan ujian psikologi dan kognitif. - SHUTTERSTOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendakwa individu pertengahan umur yang mengikuti kelas pendidikan mempunyai 19 peratus risiko lebih rendah menghidap penyakit demensia atau nyanyuk.

Seperti diketahui umum, permainan asah minda, sudoku atau permainan video tertentu mampu membantu melindungi individu daripada penyakit Alzheimer.

Namun, kajian baharu mengesyorkan mempelajari bahasa atau kemahiran baharu turut memberi manfaat.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik menganalisis data membabitkan 282,000 warga Britain yang berusia antara 40 dan 69 tahun serta mengikuti perkembangan itu selama tujuh tahun.

Setiap peserta diberi skor risiko individu untuk demensia berdasarkan asid deoksiribonukleik (DNA) masing-masing dan perlu melaporkan sendiri sekiranya mengambil sebarang kelas pendidikan bagi orang dewasa.

Malah, sepanjang kajian itu, para peserta diberikan beberapa ujian psikologi dan kognitif, misalnya, ujian tindak balas dan ingatan.

Sepanjang tempoh kajian itu, sebanyak 1.1 peratus peserta mengalami demensia.

Analisis mendedahkan peserta yang mengikuti kelas pendidikan dewasa pada permulaan kajian mempunyai 19 peratus risiko lebih rendah untuk mengalami demensia berbanding golongan yang tidak berbuat demikian.

“Peserta ini mampu mengekalkan kecerdasan dan penaakulan bukan lisan iaitu keupayaan menyelesaikan masalah dikemukakan dalam bentuk rajah atau gambar lebih baik berbanding mereka tidak mengikuti kelas pendidikan dewasa,” jelas laporan.

Pengarang utama kajian dari Universiti Tohoku di Jepun, Dr. Hikaru Takeuchi berkata, kajian itu menunjukkan individu yang mengikuti kelas pendidikan dewasa mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami demensia untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Aging Neuroscience.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya