Makan kacang kurangkan risiko kemurungan?

Makan kacang kurangkan risiko kemurungan?

PENJUAL sedang memanggang kacang di gerai tepi jalan di Amritsar, India. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendakwa makan kira-kira 30 gram kacang setiap hari mampu membantu individu mengurangkan risiko kemurungan.

Lapor Daily Mail, kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Castilla-La Mancha di Sepanyol.

Pasukan penyelidik itu meneliti data membabitkan lebih 13,500 individu di United Kingdom (UK) berumur 37 hingga 73 tahun yang pada mulanya tidak mengalami masalah kemurungan.

Dalam kajian itu, pelbagai jenis kacang dimakan oleh peserta direkodkan termasuk kacang tanpa garam seperti badam, gajus, pistachio, kacang masin atau panggang dan kacang tanah.

Para peserta dikaji selama lima tahun, yang mana lapan peratus individu didiagnosis dengan masalah kemurungan.

Analisis mendedahkan jumlah pengambilan kacang yang rendah hingga sederhana mempunyai kaitan dengan risiko kemurungan iaitu penurunan sebanyak 17 peratus berbanding individu yang tidak makan kacang.

Menurut saintis, penemuan itu tidak mengambil kira gaya hidup dan faktor kesihatan lain.

Malah, katanya, kesan anti-radang dan antioksidan yang ada pada kacang mungkin menjadi antara sebab memperoleh hasil keputusan demikian. 

“Penemuan kami menekankan satu lagi manfaat pengambilan kacang.

“Kajian menunjukkan makan kacang mampu mengurangkan 17 peratus risiko kemurungan.

“Hasil itu secara tidak langsung memberi semangat kepada orang ramai untuk makan kacang,” kata pengarang utama kajian, Bruno Bizzozero-Peroni.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Clinical Nutrition.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya