Mahkamah ringankan hukuman Ferdy Sambo, Putri Candrawathi

Mahkamah ringankan hukuman Ferdy Sambo, Putri Candrawathi

FERDY SAMBO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia memutuskan meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas Ketua Bahagian Profesional dan Keselamatan Polis Negara, Ferdy Sambo kerana membunuh pengawal peribadinya kepada penjara seumur hidup. 

Ketua Biro Perundangan dan Perhubungan Awam Mahkamah Agung, Sobandi berkata, keputusan itu dibacakan oleh Hakim, Suhadi bersama empat anggota kehakiman, Suharto, Jupriyadi, Desnayeti dan Yohanes Priyana. 

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menolak rayuan dakwaan pembunuhan terancang melibatkan anggota polis berpangkat sarjan, Nofriansyah Yosua Hutabarat yang difailkan oleh Ferdy dan memutuskan untuk menyemak semula kelayakan jenayah itu.

Ferdy dan isterinya, Putri Candrawathi menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, tiga individu iaitu Richard Eliezer atau Bharada E, Ricky Rizal dan Kuat Ma’ruf turut dinamakan sebagai suspek selepas Nofriansyah dilaporkan maut akibat ditembak di rumah Ferdy di Duren Tiga, Jakarta Selatan pada 8 Julai tahun lalu.

Perbicaraan kes berkenaan selama berbulan-bulan menjadi tajuk utama berita nasional sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, hakim sama turut memutuskan hukuman penjara selama 20 tahun yang dikenakan ke atas Putri turut dikurangkan kepada 10 tahun.

Putri memfailkan rayuan selepas permohonan sama ditolak Mahkamah Tinggi Jakarta.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya