ERFURT: Mahkamah Jerman memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka walaupun dalam aplikasi kumpulan WhatsApp peribadi.
Agensi berita dpa melaporkan, hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen mereka secara sulit, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaan hanya terpakai dalam kes luar biasa.
Menurut keputusan Mahkamah Buruh Jerman, jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat.
Keputusan itu dibuat selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly.
Kes itu melibatkan sekumpulan rakan dan dua saudara lelaki yang bekerja di TUIfly.
Mereka dilaporka berkongsi penghinaan jelas yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.
Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada kumpulan sembang itu.
Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis selain menggalakkan keganasan dengan ugutan untuk menumbuk wajah seseorang.
Sebahagian daripada sejarah sembang mereka disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.
Mahkamah Buruh sedang menimbang keputusan mahkamah rendah itu yang mendapati ahli kumpulan tersebut mempercayai mereka mempunyai dakwaan yang sah terhadap kerahsiaan.
Mahkamah mendapati kumpulan sembang, sama ada merupakan komunikasi yang dilindungi dan sulit, bergantung kepada jenis mesej dan saiz serta komposisi kumpulan itu.