Mahkamah benarkan semakan kehakiman calon wanita Pemilu 2024

Mahkamah benarkan semakan kehakiman jumlah calon wanita dalam Pemilu 2024

MAHKAMAH Agung membenarkan permohonan semakan kehakiman berhubung jumlah calon legislatif wanita pada Pemilu 2024.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Agung membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) yang mengurangkan jumlah calon legislatif wanita pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024. 

Lapor Kompas.com petisyen untuk semakan kehakiman yang diluluskan itu sudah difailkan oleh Masyarakat Prihatin tentang Perwakilan Wanita. 

Keputusan itu disahkan Ketua Panel Hakim, Irfan Fachruddin bersama dua orang ahli panel hakim, Cerah Bangun dan Yodi Martono. 

Peraturan yang dimaksud melibatkan Pasal 8 Ayat (2) Peraturan KPU Nomor 10 Tahun 2023 tentang Pencalonan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang bertentangan dengan Pengesahan Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1984.

“Setelah menunggu beberapa lama, KPU tidak mengotakan janji untuk menyemak semula Peraturan KPU, jadi tiada pilihan lain selain mengemukakan semakan kehakiman Peraturan KPU kepada Mahkamah Agung,” ujar wakil Persatuan untuk Pemilu dan Demokrasi (Perludem)

Kumpulan itu meminta cara pembundaran yang diterapkan KPU dalam menghitung jumlah calon di suatu daerah dihapuskan dan diganti dengan kaedah pengiraan lain.  

“Dalam artikel itu, KPU mengawal pembundaran ke bawah jika pengiraan 30 peratus perwakilan wanita menghasilkan nombor perpuluhan kurang daripada lima mata. 

“Sebagai contoh, jika terdapat lapan orang calon dalam satu daerah pilihan raya, jumlah 30 peratus wanita yang diwakili ialah 2.4. 

“Oleh kerana nombor di belakang perpuluhan adalah kurang daripada 5, hanya 2 orang sahaja dibenarkan, justeru perkara ini dilihat tidak adil dan perlu diperbetulkan,” jelas Perludem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya