Mahkamah batalkan kes hasutan terhadap Imran Khan - Utusan Malaysia

Mahkamah batalkan kes hasutan terhadap Imran Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan hari ini membatalkan kes hasutan terhadap bekas Perdana Menteri, Imran Khan.

Khan, 70, didakwa pada Mac lalu dengan kes hasutan yang didaftarkan di bandar barat daya Quetta, ibu kota wilayah Balochistan berikutan aduan bahawa salah satu ucapannya berunsur hasutan.

Susulan rayuan oleh Imran, Mahkamah Tinggi Balochistan berkata, pendakwa gagal mendapatkan kebenaran yang diperlukan daripada kerajaan persekutuan atau wilayah untuk mengemukakan pertuduhan menghasut.

Mahkamah memutuskan tuduhan itu tanpa kuasa yang sah dan tidak mempunyai kesan undang-undang dan mengarahkan pihak berkuasa untuk membatalkan kes itu.

“Segala puji bagi Tuhan,” kata peguam Imran, Naeem Panjutha dalam satu catatan di platform media sosial X bagi meraikan penolakan kes itu.

Kes hasutan itu adalah antara berpuluh-puluh pendakwaan terhadap Imran sejak beliau kehilangan kuasa akibat undi tidak percaya Parlimen pada April 2022.

Mahkamah Tinggi di Islamabad dijangka memutuskan rayuan Imran untuk menggantung sabitan dan hukuman penjara tiga tahun kerana rasuah.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya