TURIN: Lima kakitangan kereta api maut di utara Itali selepas dilanggar pengangkutan berkenaan ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, lapor pihak berkuasa.
Kereta api tanpa penumpang yang mengangkut gerabak di laluan Milan-Turin bergerak dengan kelajuan 160 kilometer sejam sebelum melanggar pasukan yang sedang menggantikan bahagian trek berhampiran Brandizzo, di pinggir Turin.
“Lima pekerja maut akibat kereta api yang lalu, dua lagi cedera,” kata perkhidmatan bomba dalam satu kenyataan ringkas.
Mayat lelaki terbabit yang dilaporkan berusia antara 22 hingga 52 tahun dikatakan diseret sejauh beberapa meter.
Dua lagi pekerja yang berada di lokasi kejadian tidak cedera tetapi masih dalam pemerhatian di hospital, manakala pemandu kereta api itu dilaporkan mengalami trauma akibat insiden itu.
Datuk Bandar Turin, Stefano Lo Russo menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi besar yang mengejutkan dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh.-AFP