Lelaki ubah diri jadi anjing, pakai kostum khas - Utusan Malaysia

Lelaki ubah diri jadi anjing, pakai kostum khas

TOCO dalam pakaian kostum anjing Collie tampil di khalayak ramai buat kali pertama. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki Jepun dikenali sebagai Toco mengubah dirinya menjadi seekor anjing selepas membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,800) untuk kostum haiwan yang direka khas.

Kostum itu dihasilkan oleh Zeppet, syarikat yang mengkhusus dalam pembuatan sut ultra-realistik, serta dilaporkan mengambil masa kira-kira 40 hari untuk menyiapkan pakaian khas tersebut.

Kostum itu membantu merealisasikan impian Toco untuk menjadi anjing.

Malah, Toco turut berkongsi beberapa video dirinya bertukar menjadi anjing jenis Collie, di saluran Youtube yang mempunyai hampir 33,000 pengikut.

Rakaman video menunjukkan Toco dalam pakaian kostum haiwan itu berguling di atas tanah sambil bermain di padang rumput.

NDTV melaporkan Toco baru-baru ini memuat naik video dirinya tampil dengan kostum anjing Collie di khalayak ramai buat kali pertama.

Orang ramai kelihatan kagum dengan penampilan baharu lelaki itu ketika bersiar-siar di jalanan.

Dalam rakaman video itu, Toco boleh dilihat berinteraksi dengan orang ramai dan anjing lain.

Menurut Toco, video itu dirakam pada tahun lalu semasa mengadakan temu bual dengan stesen televisyen Jerman, RTL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya