Lelaki Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam MH122

Lelaki Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam MH122

POLIS Australia menahan seorang lelaki yang didakwa membuat ancaman bom palsu dalam pesawat MH122 di Sydney. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lelaki warga Australia didakwa semalam kerana melakukan ancaman bom palsu ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Pesawat MH122 dalam penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur sebelum terpaksa berpatah balik pada tengah hari kelmarin apabila seorang lelaki mendakwa dia mempunyai ‘bahan letupan’ di dalam begnya.

Pesawat itu berlepas pada pukul 1 petang waktu tempatan, membawa 199 penumpang dan 12 kru.

Kapal terbang itu mendarat semula di Sydney kira-kira dua jam kemudian selepas penumpang lelaki itu bertindak agresif.

Menurut polis, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa pergelutan dan didakwa membuat kenyataan palsu berhubung ancaman bom yang boleh membahayakan pesawat dan penerbangan.

Video yang sempat dirakam penumpang dalam pesawat berkenaan menunjukkan lelaki itu memakai beg sandang dan mengugut penumpang serta kru.

Namun, polis tidak mendedahkan kerakyatan lelaki itu, biarpun media tempatan melaporkan dia menetap di Canberra.

Sementara itu, pihak berkuasa Australia menegaskan insiden itu tidak memberi kesan terhadap komuniti biarpun sebanyak 32 penerbangan domestik dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya