Leher jinjang 'Barbie Botox' jadi kegilaan di TikTok - Utusan Malaysia

Leher jinjang ‘Barbie Botox’ jadi kegilaan di TikTok

ISABELLE Lux menunjukkan perbezaan pada lehernya selepas mendapatkan suntikan Barbie Botox.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Suntikan kosmetik ‘Barbie Botox’ kini dilaporkan semakin hangat diperkatakan warga net selepas trend terbaharu rawatan kosmetik itu tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Trend itu melibatkan prosedur suntikan ke dalam otot trapezius untuk mendapatkan leher jinjang dan langsing seakan karakter Barbie.

Suntikan itu tular selepas didedahkan oleh seorang pempengaruh, Isabelle Lux,32, yang menjalani prosedur tersebut lebih sebulan lalu untuk kelihatan cantik di hari perkahwinannya.

Video #Barbie Botox yang memperincikan rawatan tersebut kini dilaporkan menerima lebih tujuh juta tontonan di TikTok dengan spa dan klinik kecantikan turut mempromosikan suntikan tersebut kepada pelanggan di media sosial.

Prosedur tersebut asalnya direka sebagai cara untuk melegakan otot yang terlalu banyak bekerja hingga menyebabkan ketegangan leher yang menyakitkan dan juga migrain.

Lux berkata, kos rawatan itu mencecah AS$1,200 (RM5,569) namun memberi amaran prosedur berkenaan menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan kesakitan serta kekakuan di bahunya, malah kesan visual yang diperoleh tidak berlaku dalam sekelip mata.

“Apabila neurotoksin disuntik ke dalam setiap otot trapezius di bahagian bawah leher, ia memotong sambungan ke saraf dan melumpuhkan otot buat sementara waktu. Lama-kelamaan leher dan bahu menjadi langsing seakan anak patung.

“Tetapi anda perlu merujuk pakar bedah atau doktor perubatan. Jika anda tidak mendapatkan suntikan di tempat yang betul, saya mengatakan secara jujur ia tidak berbaloi,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya